Saturday 3 December 2011

Mau yang besar (part 1)

“Rapat pun salah. Tak rapat pun salah. Abis tak payah kawan. Tak payah bergaul dengan orang. Masuk je dalam hutan. Kawan je dengan binatang” rungut Intan Syafinaz sambil mencuci pinggan.

                “Apa yang dirungutkan tue Intan? Ada masalah ke? Cer cite jap. Nak dengar. 

                “Ala akak nie macam la tak dengar khabar-khabar angin pasal Intan. Jangan tipu lah kalau akak cakap tak tahu.”                

“Akak ada terdengar dan ada yang bertanya tentang hal tue tapi akak nak dengar dari mulut Intan sendiri. Apa sebenarnya yang berlaku. Cuba Intan bagitahu kat akak.”

“Hurm, akak tahu kan Intan dengan Encik Fairuz rapat. Dia pun suka sangat usik-usik Intan. Akak tahukan cara dia mengusik Intan macam mana. Kadang-kadang dia hantar Intan sampai ke Jeti sebab dia ada urusan di bahagian jeti. Terus terang Intan cakap Intan tak ada apa-apa hubungan dengan Encik Fairuz kak. Intan cakap betul. Intan tak tipu,” kata Intan tanpa disedari air matanya mengalir ke pipi.

Alya Balqis memandang Intan Syafinaz meluahkan perasaannya. Dia cukup kenal dengan perangai Intan Syafinaz . Walaupun perbezaan umur antara dia dengan Intan Syafinaz hanya 1 tahun tetapi baginya Intan Syafinaz masih lagi berada di alam kanak-kanak. Belum sampai tahap remaja mahupun dewasa. Hatinya yang cukup lembut dan sensitif membuatkan dirinya mudah mengeluarkan air mata. 

“Macam petang tadi Intan malu kak bila Encik Fairuz buat Intan macam tue. Intan tak tahu apa yang difikirkan oleh En.Rosli dengan yang lain,” kata Intan Syafinaz lagi dengan air matanya yang makin banyak mengalir.

“Encik Fairuz buat apa kat Intan? Dia ada pegang-pegang Intan ke?

“Intan Syafinaz imbas kembali apa yang berlaku pada patang tadi yang membuatkan dirinya betul-betul rasa malu sangat hingga menyebabkan dirinya tidak dapat mengawal air matanya daripada mengalir keluar. 

“Encik,nie ada surat untuk encik.”

“Surat apa tue anje? Penting ker?”.

“Tak tahu. Saya boleh buka tak?”.

“Buka je.”

Intan Syafinaz membuka surat tersebut lalu membawa isi kandungan surat tersebut.

“Surat jemputan makan malam. Majlis tersebut dibuat esok malam. Tema pakaian pula pakaian batik.Tapi esok Encik cuti kan?”

“Esok saya cuti. Minta En.David ganti saya malan hadir esok.”

“Encik tulis sikit la kat sini. Bolehkan?”

“Boleh je anje.”

Kelakuan antara Encik Fairuz dengan Intan Syafinaz diperhatikan oleh pekerja Encik Fairuz.
“Lawa hari ni. Meh sini nak cium sikit.”

“Eee,Encik ni. Merapu je,” kata Intan Syafinaz dengan nada yang manja.

“Betul apa yang saya cakap. Sekali cium bukan luak pun. Betul kan?Tanya Encik Fairuz kepada pekerja pekerja.

Mereka hanya tersenyum apabila diajukan soalan seperti itu. Intan Syafinaz hanya menggelengkan kepala apabila melihat kelakuan Encik Fairuz.

“Encik, tetamu dari agensi luar dah sampai. Jom kita makan sekali,” kata encik Rosli yang berada di pintu.

“Ala, bukan Encik cakap time lunch kuar dengan saya ker? Merajuklah macam nie,” kata Intan Syafinaz.

“Nanti kita kuar lain yer.”

“Ala Encik,bawa sekali anje Encik nie. Makanan pun banyak.”

“Ha, dengar tue. Jom kita pi makan sekali.Nak saya pegang tangan ker?” Tanya Encik Fairuz sambil menghulurkan tangan kepada Intan Syafinaz.

“Gurau je la Encik. Erm, saya keluar dulu yer Encik. Jawab  Intan Syafinaz sambil tersenyum dan terus keluar dari bilik Encik Fairuz.

“Akak, agensi luar tu datang sini buat apa? Rimasla bila diorang datang.”

“La bukan Intan tahu ke sebab apa diorang datang?”

“Intan tahu tapi ntahlah. Rimas dan menyusahkan. Dah masuk rumah orang jangan buat macam rumah sendiri. Hu biadap.”

“Entah lah Intan. Nanti majlis pertukaran tu Intan pergi ke?”

“Kena pergi la kak. Nama dah ada. Kalau tak pergi Encik Rashidi marah pulak. Takut tengok Encik Rashidi marah.”

“Intan marah lagi ke kat Encik Rashidi?”

“Intan tak marah kak cuma terasa je kalau dia dah cakap macam tue. Intan ikut je. Intan takkan masuk dah bilik dia kak. Dia pun tak suka Intan masuk bilik dia.”

“Dia tak sengaja kot. Lagipun minggu nie macam-macam akak dengar. Masalah pelanggan, jumlah jualan tak seperti yang diharapkan.”

“Entahlah kak. Intan dah malas nak fikir semua tue kalau Encik Rashidi cakap macam tue kitaa ikut je. Jangan bantah.”

Siti Faizah hanya melihat gelagat Intan Syafinaz.Kadnag-kadamg dirinya tersenyum sendiri melihat gelagat Intan Syafinaz yang agak kebudak-budakan. Dia tak anggap Intan Syafinaz seperti rakan sekerja tetapi sebagai ananknya sendiri.

“Rasanya diorang dah habis makan tue. Jom kita pi kat sebelah,” kata Siti Faizah sambil menarik tangan Intan Syafinaz.

Intan Syafinaz tak mampu bercakap apa-apa. Hanya mengikut sahaja. Di dalam bilik makan tersebut hanya ada pelayan tetamu serta Encik Fairuz yang sedang bercakap.

“Napa tak ikut sekali? Kalau tak boleh makan sekali,” Kata Encik Fairuz sambil mendekati Intan Syafinaz.

“Malas nak kacau. Kenyang tak makan?”.

“Kenyang sangat. Program diet saya tak jadi la nampaknya.”

“Intan , nasi dah habis. Tinggal lauk je,” kata Siti Faizah sambil mengambil lauk yang tinggal.
“Pi beli nasi. Takkan makan nie tapi nasi tak ada. Pi beli,” kata Encik Fairuz sambil menghulurkan not RM10 kepada Intan di hadapan orang.

Intan Syafinaz agak keberatan hendak mengambil wang tersebut tetapi didesak oleh Encik Fairuz untuk menerimanya. Apabila berada dalam situasi seperti itu membuatkan dirinya berasa malu dan segan apabila dirinya diperlakukan seperti itu.

“Sayang, jangan berdiri je macam patung. Pergi beli nasi. Beli nasi kosong je. Lauk tak payah,” kata Encik Fairuz.

“Aha Intan. Beli nasi kosong je. Akak bawa lauk nie ke bilik. Kita makan sekali.”

Intan Syafinaz keluar dari bilik tersebut dan menuju ke biliknya. Tanpa disedarinya air matanya mengalir. Dia tersentuh atas apa yang berlaku. Dia tak nak orang lain fikir yang bukan-bukan mengenai dia dan Encik Fairuz.

“La napa duduk sini lagi. Pergi la beli sekarang,” kata Siti Faizah sambil meletakkan lauk di atas meja.

“Intan pergi beli kejap ye,” kata Intan Syafinaz sambil lap air mata di pipinya. Intan Syafinaz menuju ke arah tempat duduknya dan mengambil wang di dalam dompetnya.

“Nape dengan Intan yer, mesti ada apa-apa yang berlaku,” bisik hati Siti Faizah.

“Nanti Intan dah balik dari beli nasi suruh Intan masuk bilik saya,” kata En Rashidi dengan nada yang agak serius.

“Aduh, rasa macam hari ini ada benda yang tak elok nak berlaku.Risaunya,” bisik hati Siti Faizah.

BERSAMBUNG...........